Hubungan dengan Ratu Perdana_Menteri_United_Kingdom

Akibat daripada proses panjang sejarah United Kingdom, kuasa Monarki mutlak secara beransur-ansur dikurangkan. Sekarang, tradisi berubah di mana Ratu mengikuti nasihat Perdana Menteri. Secara rasmi, Ratu mempunyai kuasa untuk melantik jawatan-jawatan penting kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menteri kabinet, hakim, pegawai tentera, gabenor, diplomat, dan uskup senior Gereja England.

Dalam sistem Perlembagaan United Kingdom, Ratu mempunyai hubungan istimewa dengan Perdana Menteri, tokoh politik senior yang sangat dihormati dalam kerajaan dari parti politik majoriti di Dewan Rakyat. Walaupun Ratu secara perlembagaan mesti neutral dalam hal politik, tetapi Ratu tetap diberi kuasa memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk mendengarkan nasihatnya.

Sir John Major (kiri) berjumpa dengan Ratu Elizabeth II (tengah)

Dari segi perjumpaan, Ratu menyediakan waktu berkala untuk berjumpa dengannya, di mana Perdana Menteri berhak dan wajib menyampaikan pandangannya tentang hal-hal pemerintah. Apabila tiada masa untuk berjumpa, mereka boleh berkomunikasi melalui telefon. Pertemuan ini, sebagai pertemuan antara ketua negara dan ketua kerajaan, yang dilakukan secara persendirian. Selepas menyatakan pandangannya, Ratu mendengar nasihat Perdana Menteri. Di samping itu, Ratu pula boleh terlibat dalam pelaksanaan pilihan raya. Perdana Menteri boleh meminta persetujuan Ratu untuk membubarkan parlimen dan meminta mengadakan pilihan raya.